MaaF kaN aKU...~__~ 
  
Maafkan aku

andainya aku selalu terkasar bahasa terhadapmu
Maafkan aku

andainya selalu marahkan kamu

Maafkan aku

andainya aku selalu mengganggumu
Maafkan aku

andainya selalu bersikap sinis terhadapmu

Maafkan aku

kerana tak boleh berhenti menyayangimu....!!!

Dedikasi buat insan yg xpnh jemu mlayan krenah aku shingga ary ni....thnks alot syg..!!!
KESABARAN...

Sabar…memang perkataan ini mudah disebut. Senang saja kita berkata ” sabarlah…semua ini ujian..ada hikmatnya” atau ” sabarlah ..orang yang bersabar dijanjikan kejayaan oleh Allah”

Tapi bagaimana hendak mendapatkan kesabaran 2..?adakah semudah mulut yang bkate..? Selagi kita tidak ditimpa sesuatu musibah, masalah, kesusahan,tidak siapapun boleh mengatakan bahawa “saya adalah seorang penyabar” ..di sini saya menulis sebagai seorang yang sedang dilanda musibah dan bagaimana saya masih lagi bertatih dalam menghadapinya.


Reaksi pertama saya adalah meraung, menangis, meratap, tidak mungkin dapat menerima kenyataan itu. Sungguh lemah iman saya..bila mengenangkannnya saya berasa amat malu. Malu pada diri, malu pada orang yang menyakiti saya, malu pada keluarga dan kawan2 dan yang paling saya malu adalah pada Allah S.W.T.


Bagaimana saya bangkit sedikit demi sedikit (musibah saya belum berakhir lagi.yet to come another huge blow..but i pray i”ll survive. insyaAllah) ..kesabaran adalah sejauh mana kita percaya kepada takdir Allah.  Saya tahu sekarang bahawa sayalah manusia yang mempunyai selemah-lemah iman.


Dikesempatan ini saya berdoa agar saya akan terus diberi kekuatan dan kesabaran yang dicari-cari selama ini. Doakan saya akan terus berjaya kerana saya yakin dan percaya dengan semua perancangan Allah. Perjalanan saya mencari kesabaran dan kekuatan masih jauh kerana ujian yang lebih besar akan datang. Namun saya akan bersedia dan saya akan tetap bergantung dan menyerahnya kepada Allah kerana saya percaya ..


” Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi baik maka ia akan diuji oleh-Nya”


“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah....

 Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :


" Ya Allah Aku rindukannya, keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..

Kita akan lemah bila kita membenarkan orang lain terus membuatkan kita down dan lagi lemah bila kita sengaja mencipta jurang dan makin jauh dari jalan yang boleh mendekatkan kita kepada Allah. Jangan terlalu manjakan diri, terlalu ikut kesedihan, terlalu lemah dengan godaan syaitan yang memang kerjanya nak menjatuhkan kita dengan pelbagai cara. Tugas kita perlu menguatkan diri kita, memperhebatkan lagi iman yang ada. Soal labuh tudung bukan sebagai pengukur iman seseorang. Jangan terpedaya hasutan syaitan bila kita sedang ada masalah. menjauhkan diri dengan Allah bukan penyelesaiannya. didik diri dengan kesabaran, biar apa orang nak kata. Sahabat dunia yang hanya ada pada waktu senang dan tidak pada waktu susah. Biarkan. Sebab kita punya Allah. Stop serabutkan diri dengan masalah kecil, besar sekalipun sebab kita ada misi dekat dunia ni yakni menjadi hamba Allah dengan sebaik-baik hamba. Pedulikan apa orang nak kata. Prove them wrong!